Sabtu, 19 Oktober 2019 | 10:21am
Perdana Menteri, Justin Trudeau ketika berkempen di Vaughan, Ontario, Kanada. Foto Reuters
Perdana Menteri, Justin Trudeau ketika berkempen di Vaughan, Ontario, Kanada. Foto Reuters

Justin Trudeau berjuang demi Parti Liberal

WHITBY: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang berdepan pilihan raya kebangsaan minggu depan, berusaha mengekalkan kedudukan selepas laporan mengenai beberapa skandal mencemarkan imejnya.

Tinjauan pendapat menunjukkan Parti Liberal diketuai Trudeau, menghadapi saingan sengit daripada pembangkang, Parti Konservatif, menjelang proses undian pada Isnin ini, sekali gus menyukarkan ia memperoleh majoriti.

Jika berlaku, ia akan meletakkan parti Liberal dalam kedudukan sukar, malah bergantung kepada parti lebih kecil untuk memerintah.

Trudeau dilaporkan banyak menghabiskan masa berkempen di Ontario, Kanada, iaitu wilayah yang mempunyai paling padat penduduk, selain menawarkan 108 kerusi daripada 338 kerusi Dewan Rakyat.

Ketika ini, Parti Liberal menguasai 76 kerusi Dewan Rakyat dan perlu mengekalkannya, bagi menjamin kemenangan.

“Saya tidak pernah mengambil mudah setiap undi. Saya tahun keputusan yang dibuat oleh rakyat Kanada akan menentukan masa depan kita.

“Terdapat kemungkinan bahawa kerajaan Konservatif bakal dibentuk dan ia bermakna akan ada pemotongan,” katanya kepada wartawan. - Reuters

Berita Harian X