Khamis, 10 Oktober 2019 | 1:02pm
Aplikasi HKmap.live di Apple Apps Store.

Apple buang aplikasi jejak polis semasa protes Hong Hong

SAN FRANCISCO: Apple Inc semalam mengeluarkan aplikasi HKmap.live yang membolehkan penunjuk perasaan Hong Kong menjejak pergerakan polis.

Tambahnya, aplikasi itu turut disalahgunakan untuk menyerang hendap polis selain penjenayah menggunakannya untuk menyerang mangsa di kawasan yang tiada undang-undang penguatkuasaan.

Apple menerusi kenyataan bahawa ‘ramai pengguna prihatin di Hong Kong’ yang menghubungi syarikat mengenai aplikasi pemetaan itu.

Apple berkata, mereka bertindak segera menyiasat penggunaan aplikasi itu dan mendapati ia disalahgunakan selain membahayakan penduduk Hong Kong.

“Aplikasi itu memaparkan lokasi polis dan kami sudah mengesahkan dengan Biro Keselamatan Siber Hong Hong dan Biro Jenayah Teknologi bahawa aplikasi terbabit digunakan untuk menyasarkan dan menyerang hendap polis, mengancam keselamatan awam dan penjenayah menggunakan untuk memantau polis di kawasan yang tiada penguatkuasaan undang-undang.

Di bawah peraturan dan dasar aplikasi Apple, aplikasi terbabit tidak memenuhi piawaian untuk dipaparkan di App Store.

Pada 2011, Apple mengemaskini App Store dengan mengeluarkan aplikasi menyenaraikan lokasi pusat pemeriksaan pemandu mabuk yang sebelum ini tidak disenaraikan oleh pegawai penguatkuasaan undang-undang-AFP.

Berita Harian X