Selasa, 10 September 2019 | 8:28am
Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori. Foto Agensi

Bekas Presiden Peru jalani rawatan jantung

LIMA: Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori dilaporkan dibawa ke hospital pada Sabtu lalu, bagi menjalani rawatan akibat masalah jantung.

Doktornya, Alejandro Aguinaga, berkata bekas presiden berusia 81 tahun itu dibawa ke klinik Centenario di Lima pada malam Sabtu, selepas mengalami masalah jantung.

Katanya, Fujimori menjalani beberapa ujian selepas mengalami masalah degupan jantung tidak teratur, selain sista pankreas.

Aguinaga berkata, ia adalah kali ketiga Fujimori dimasukkan ke hospital dalam tempoh 40 hari.

“Fujimori yang juga Presiden Peru dari 1990 hingga 2000 akan terus menjalani beberapa ujian di klinik,” katanya.

Dalam pada itu, Fujimori kini sedang menjalani hukuman penjara selama 25 tahun atas kesalahan pencabulan hak asasi manusia di Lima.

Pada Oktober lalu, mahkamah mengarahkan beliau dihantar kembali ke penjara, selepas perintah pengampunannya dibatalkan. AFP

304 dibaca
Berita Harian X