Isnin, 22 Julai 2019 | 1:39am
ORANG ramai mandi kolam di Astoria Pool berikutan cuaca panas di Queens, New York. - Foto AFP

Cuaca panas akibat gelombang haba di AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengalami cuaca panas, semalam, dengan beberapa bandar utamanya termasuk New York, Philadelphia dan Washington dilaqnda suhu panas.

Situasi panas dari kawasan dataran Midwestern ke pesisir Atlantik menyebabkan hampir 150 juta penduduk negara itu berdepan kesukaran kekal sejuk dalam keadaan amat panas.

“Kita hampir di penghujung darurat haba. Suhu akan mula turun malam ini. Namun, indeks haba mungkin masih tinggi pada 43 darjah Celsius.

“Teruskan mengambil langkah berjaga-jaga. Banyak minum air dan sejukkan badan,” kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio.

Bagaimanapun, cuaca panas itu berterusan sehingga malam semalam, ketika sistem tekanan tinggi di pesisir Atlantic membawa udara berwap subtropika. - AFP

Berita Harian X