Sabtu, 25 Mei 2019 | 1:02am
PERDANA Menteri Theresa May. - Foto AFP
PERDANA Menteri Theresa May. - Foto AFP

Peletakan jawatan May tidak ubah rundingan Brexit - EU

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) memaklumkan peletakan jawatan Perdana Menteri Theresa May tidak akan mengubah kedudukannya mengenai perjanjian Brexit yang dipersetujui negara ahli dengan Britain.

“Secara peribadi saya tidak menyambut peletakan jawatan May dengan gembira, namun majlis EU sudah menetapkan pendirian mengenai perjanjian Brexit,” kata Presiden Suruhanjaya EU, Jean-Claude Juncker.

Beberapa calon yang mahu menggantikan May sebagai pemimpin parti Konservatif berkata, mereka mahukan syarat perjanjian pemisahan itu dirunding semula.

Bagaimanapun, jurucakap suruhanjaya, Mina Andreeva memaklumkan pemberita bahawa 27 negara EU lain sudah meluluskan perjanjian seperti sedia ada dan tiada rancangan untuk rundingan semula. - AFP

Berita Harian X