Rabu, 15 Mei 2019 | 5:14pm
AHLI parlimen pembangkang Venezuela, Franco Manuel Casella. - Foto El Universo
AHLI parlimen pembangkang Venezuela, Franco Manuel Casella. - Foto El Universo

Mexico lindungi ahli Parlimen Venezuela

MEXICO CITY: Kerajaan Mexico mengesahkan pejabat kedutaannya memberi perlindungan kepada ahli parlimen pembangkang Venezuela, Franco Manuel Casella untuk memastikan dia mendapat perlindungan dan keselamatannya terjamin, kata Kementerian Luar Mexico dalam satu kenyataan.

“Selaras dengan tradisi diplomatik, kerajaan Mexico menerima timbalan Dewan negara, Franco Manuel Casella hari ini di pejabat diplomatik di Caracas untuk memberikan beliau perlindungan dan keselamatan,” kata Kementerian Luar Mexico dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata, Mexico mengulangi komitmennya untuk menghormati, melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia setiap individu, tanpa menghiraukan pertalian politik mereka.

Bagaimanapun, Mexico juga menegaskan tidak akan campur tangan dalam konflik dalaman Venezuela yang ditadbir kerajaan berhaluan kiri yang ditadbir Presiden Andres Manuel Lopez Obrador sejak 1 Disember tahun lalu.

“Kerajaan menegaskan semula kedudukannya yang tidak campur tangan, keterbukaannya terhadap dialog dan komitmen untuk bekerjasama dalam mencari penyelesaian yang demokratik menerusi dialog damai,” kata kenyataan itu.

Mexico masih mengiktiraf kerajaan Presiden Venezuela Nicolas Maduro, tidak seperti negara Amerika Latin lain, Argentina, Brazil dan Colombia dan negara itu tidak mengiktiraf pemimpin pembangkang dan presiden sementara yang mengisytiharkan dirinya, Juan Guaido.

Guaido terus mencabar kuasa Maduro sejak Januari lalu, memandangkan pemilihan semula tidak sah. - AFP

Berita Harian X