Sabtu, 27 April 2019 | 8:18am
Tapak kaki digambarkan, setelah dibentuk retak akibat pemusnahan setelah diekstrak dari tapak asalnya, di Osorno, Chile. - Foto REUTERS

Tapak kaki 15,600 tahun disahkan paling tua di Amerika

SANTIAGO (CHILE) : Tapak kaki berusia 15,600 tahun yang ditemui di selatan Chile dipercayai paling tua pernah dijumpai di Amerika, kata penyelidik.

Tapak kaki berkenaan pertama kali ditemui pada 2010 oleh pelajar Universidad Austral, Chile dan pakar sains kemudian mengambil masa beberapa tahun untuk mengesahkan kemungkinan ia milik haiwan atau manusia, selain menentukan anggaran umur.

Pakar paleontologi di Universidad Austral, Karen Moreno yang memantau kajian itu berkata penyelidik turut menemui tulang haiwan berhampiran lokasi penemuan, termasuk gajah primitif tetapi yakin tapak kaki terbabit adalah bukti kehadiran manusia.

Moreno berkata, ini adalah kali pertama bukti kewujudan manusia di Amerika yang berusia melebihi 12,000 tahun.

“Sedikit demi sedikit di Amerika Selatan, kami menemui lokasi membuktikan kehadiran manusia tetapi ini adalah yang tertua di Amerika,” katanya. - Reuters

Berita Harian X