Selasa, 26 March 2019 | 8:51pm
Michelle Obama. - Foto Reuters

Biografi Michelle Obama paling laris

BERLIN: Biografi bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, ‘Becoming’, bakal menjadi yang paling laris, kata syarikat penerbitan dari Jerman hari ini, menunjukkan optimistik bahawa kisah suaminya, bekas Presiden Barack Obama, juga bakal laku di pasaran.

Kisah Michelle, yang menerima pendahuluan dilaporkan berjumlah lebih AS$60 juta (RM244 juta) daripada unit Penguin Random House di Bertelsmann, sudah terjual 10 juta salinan sejak ia diterbitkan November lalu.

“Itu menjadikan ia kejayaan paling menonjol tahun lalu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bertelsmann, Thomas Rabe, kepada sidang akhbar, melaporkan keuntungan 2.8 peratus dalam hasil tahunan bagi syarikat penerbitan berusia 183 tahun itu.

Obama turut menandatangani perjanjian dengan Penguin Randam House untuk menerbitkan biografi beliau selama dua penggal di Rumah Putih.

Bertelsmann berharap ia akan diterbitkan tahun ini walaupun tarikh belum ditetapkan. — Reuters

Berita Harian X