Selasa, 12 March 2019 | 11:01pm
Perpecahan paling ketara Grey Glacier sebelum itu direkodkan pada awal 1990-an. Saintis mengaitkan kekerapan meningkat pemisahan itu dengan peningkatan suhu. -Foto Agensi

2 pecahan aisberg di Chile cetus kebimbangan

SANTIAGO: Dua aisberg baharu pecah di luar kawasan Grey Glacier di Patagonia, Chile sejak beberapa minggu lalu di tengah kebimbangan pecahan semakin kerap, kata saintis kepada Reuters.

Insiden itu, berlaku 20 Februari dan 7 Mac lalu disebabkan blok ais lebih besar bersaiz tiga padang bola sepak berukuran 380 meter kali 350 meter, terpisah dari glasier yang berada di sebuah tasik glasier di Taman Negara Torres del Paine di selatan Chile sejak November 2017.

Perpecahan paling ketara glasier sebelum itu direkodkan pada awal 1990-an. Saintis mengaitkan kekerapan meningkat pecah dengan peningkatan suhu.

“Ada kekerapan lebih besar berlaku pecah di sebelah timur glasier dan lebih banyak data diperlukan untuk menilai kestabilannya,” kata penyelidik dan anggota kawasan perubahan iklim Institut Antartika Chile (INACH), Ricardo Jana.

Beliau menambah, sejak beberapa hari lalu, suhu meningkat di atas paras purata normal dan hujan lebat dicatat bersama peningkatan paras air dalam tasik, faktor yang mungkin menjelaskan pemisahan.

Penyelidik dari universiti di Jerman dan Brazil bersama pakar dari INACH dan entiti tempatan lain, mengkaji Grey Glacier sejak 2015 di bawah satu program kerjasama antarabangsa.

Pada Disember tahun ini, Chila akan menganjurkan sidang kemuncak perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), COP 25. -Reuters

Berita Harian X