Sabtu, 26 Januari 2019 | 7:15am
Pasukan penyelamat bertungkus lumus mengesan mangsa selepas empangan milik syarikat perlombongan Vale SA runtuh di Brumadinho, Brazil, semalam. Foto Reuters
Pasukan penyelamat bertungkus lumus mengesan mangsa selepas empangan milik syarikat perlombongan Vale SA runtuh di Brumadinho, Brazil, semalam. Foto Reuters

7 mayat ditemui, 200 hilang selepas empangan runtuh

BRASILIA: Pasukan penyelamat Brazil berjaya menemui tujuh mayat mangsa yang dihanyutkan oleh arus deras selepas sebuah empangan di Minas Gerais, runtuh, semalam.

Mereka menjangkakan akan menemui lebih ramai mangsa, memandangkan kira-kira 200 lagi pekerja yang berada di lombong berhampiran dilaporkan masih hilang.

Berita penemuan mangsa itu diumumkan oleh Datuk Bandar Brumadinho, Avimar de Melo Barcelos kepada rangkaian televisyen GloboNews, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Vale SA, Fabio Schvartsman, berkata 300 pekerja berada di lokasi empangan ketika kejadian berlaku, kebanyakannya sedang menikmati makan tengah hari.

Katanya, empangan berhampiran lombong Feijao di Minas Gerais itu mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak dua juta meter padu dan digunakan untuk mengawal pembuangan sisa dari lombong berkenaan. - Reuters/Agensi

Berita Harian X