Selasa, 6 November 2018 | 11:29am

UNSC bincang resolusi tarik balik sekatan ke atas Eritrea

NEW YORK (PBB): Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) merancang untuk menarik balik sekatan ke atas Eritrea minggu depan, selepas mendapat persetujuan daripada Habsyah.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa negara yang mahu tekanan diplomatik terhadap Eritrea dikekalkan bagi memastikan pertikaian dengan Djibouti dapat dilaksanakan.

Sementara itu, draf resolusi tulisan Britain yang dilihat oleh Reuters, mencadangkan penarikan serta merta sekatan senjata dan sekatan lain seperti perjalanan dan pembekuan aset yang dikuat kuasa terhadap Eritrea.

Draf resolusi itu juga mencadangkan jalinan kerjasama antara Eritrea dan Djibouti dalam usaha memulihkan hubungan mereka, sekali gus menyelesaikan pertikaian sempadan antara kedua-dua negara.

Namun, diplomat yang enggan nama mereka disiarkan berkata, Perancis dan beberapa lagi anggota UNSC mahu tekanan diplomatik dikekalkan terhadap Eritrea.

Difahamkan, anggota UNSC boleh mencadangkan beberapa perubahan ke atas draf resolusi pada sesi perbincangan minggu depan. - Reuters

Berita Harian X