X
Sabtu, 3 November 2018 | 9:14am

FDA lulus ubat terbaru kanser paru-paru

WASHINGTON : Pengurusan Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) telah meluluskan rawatan kanser paru-paru untuk pesakit dengan mutasi gen yang sebelum ini pernah dirawat kerana penyakit berkenaan.

Rawatan dikenali sebagai Lorbrena itu dicipta khas untuk mengubati karsinoma paru-paru sel bukan kecil (NSCLC) dengan mutasi gen ALK yang berulang kembali selepas mengambil ubat ALK seperti Xalkori.

Walaupun ramai pesakit memberi tindak balas positif terhadap terapi Xalkori, mereka turut mengalami keadaan penyakit yang bertambah buruk dan seterusnya berdepan pilihan terhad untuk rawatan sedia ada.

Sebanyak 85 peratus kes kanser paru-paru terdiri daripada NSCLC dan ia masih sukar dirawat. Kira-kira 3 hingga 5 peratus tumor NSCLC disahkan sebagai positif ALK dan sering ditemui pada golongan bukan perokok.

Lobrena, secara kimia dikenali sebagai lorlatinib menerima kelulusan segera, kata Pfizer Inc semalam.

Kelulusannya selepas ini mungkin bergantung kepada faedah klinikal dalam ujian pengesahan. - Reuters

Berita Harian X