Jumaat, 7 September 2018 | 8:16am
AKTOR Hollywood, Burt Reynolds. - Foto Reuters
AKTOR Hollywood, Burt Reynolds. - Foto Reuters

Aktor veteran Burt Reynolds meninggal dunia

LOS ANGELES: Pelakon veteran Amerika Syarikat, Burt Reynolds yang popular menerusi filem ‘Deliverance’ dan ‘Boogie Nights’ meninggal dunia semalam, kata seorang pengurus publisiti.

Aktor berusia 82 tahun yang mula melakar nama di pentas lakonan pada 1970an meninggal dunia di sebuah hospital di Florida, kata pengurusnya, Erik Kritzer kepada Hollywood Reporter.

Sepanjang enam dekad bergelar anak seni, Reynolds pernah menerima pencalonan Oscar untuk watak sebagai pengarah filem porno Jack Horner dalam filem “Boogie Nights” pada 1997.

Tahun lalu, Reynolds menerima kritikan positif dan membanggakan menerusi penampilan beliau dalam filem indie berjudul ‘The Last Movie Star’. - AFP

Berita Harian X