WASHINGTON: Wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump memuat naik mesej di Twitter semalam, sekali gus menolak spekulasi mengenai tahap kesihatannya selepas menjalani pembedahan pada buah pinggang, baru-baru ini.
"Saya menyedari spekulasi yang ditimbulkan pihak media mengenai di mana saya berada dan apa yang saya sedang lakukan.
"Jangan bimbang, saya berada di sini @RumahPutih bersama keluarga saya, dalam keadaan baik dan bekerja keras untuk kanak-kanak dan rakyat Amerika Syarikat," katanya dalam mesej di Twitter.
Kali terakhir kelibat Melania dilihat dalam khalayak ramai, ialah pada 10 Mei lalu, ketika beliau menemani suaminya, Presiden Donald Trump untuk menyambut kepulangan tiga warga Amerika Syarikat yang ditahan di Korea Utara, di pangkalan tentera udara Andrews di Maryland.
Beliau menjalani pembedahan di hospital Walter Reed pada 14 Mei dan menurut jurucakapnya, Stephanie Grisham, ia bertujuan membuang ketumbuhan pada buah pinggangnya.
Melania dibenarkan pulang ke Rumah Putih pada 19 Mei. - AFP