Ahad, 20 Mei 2018 | 7:51am
WANITA Pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump. -Foto AFP
WANITA Pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump. -Foto AFP

Melania dibenarkan pulang ke Rumah Putih

WASHINGTON : Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump dibenarkan pulang ke Rumah Putih semalam selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan benigna pada buah pinggangnya.

Presiden Donald Trump berkata, isterinya itu berada dalam keadaan sihat dan menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

"Kami sangat gembira menyambut kepulangan Wanita Pertama yang sungguh hebat ini ke Rumah Putih," kata presiden itu di Twitter.

"Melania berada dalam keadaan yang sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada anda semua atas segala ucapan dan doa," katanya lagi.

Pengarah Komunikasi Melania, Stephanie Grisham berkata, bekas model kelahiran Slovenia itu menjalani pembedahan kecil untuk membuang sedikit ketumbuhan pada buah pinggangnya.

Pembedahan embolisasi itu dilakukan bagi menyekat pengaliran darah terhadap ketumbuhan atau tumor.

Walaupun ia lazimnya dilakukan ke atas pesakit luar namun bukan sesuatu yang luar biasa jika pesakit memilih untuk dimasukkan ke wad bagi mengurangkan kesakitan selepas pembedahan. - AFP

Berita Harian X