MIAMI: Suspek yang melepaskan tembakan di Kelab Golf Kebangsaan Doral Trump, resort yang dimiliki Presiden Donald Trump, berjaya ditahan awal pagi ini, kata polis.
Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu, kata Jabatan Polis Doral menerusi Twitter.
Kelab golf seluas 323 hektar itu menjadi lokasi empat kejohanan golf, termasuk
Blue Monster, yang menjadi hos kepada acara PGA Tour setiap tahun.
Trump membeli hartanah itu pada harga AS$150 juta (RM595 juta) pada 2012. - Reuters