Jumaat, 6 April 2018 | 9:12am

Gempa bumi sederhana gegarkan California

LOS ANGELES: Gempa bumi sederhana menggegarkan pantai Daerah Ventura di California semalam, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan bangunan bergoyang termasuk di bandar raya Los Angeles.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan susulan gegaran berukuran 5.3 itu, yang berlaku pada jam 12.34 tengah hari waktu tempatan, kira-kira 37 kilometer ke timur tenggara Pulau Santa Rosa pada kedalaman 16.8 kilometer.

Jabatan Bomba Los Angeles bertindak mengikut kes gempa bumi, mengerah kru di lebih 100 balai di seluruh wilayah seluas 750 kilometer persegi itu untuk memeriksa kawasan kejiranan mengesan kerosakan pada infrastruktur utama seperti jalan raya dan jambatan.

Polis Los Angeles juga memeriksa infrastruktur dan lokasi kritikal.

Pegawai Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi itu. - AFP

Berita Harian X