Sabtu, 17 Februari 2018 | 8:46am
Presiden AS Donald Trump berjabat tangan dengan doktor Igor Nichiphorenko (kiri) di samping wanita pertama, Melania Trump ketika melawat mangsa tembakan rambang di Hospital North Broward Health, Florida. - Foto AFP
Presiden AS Donald Trump berjabat tangan dengan doktor Igor Nichiphorenko (kiri) di samping wanita pertama, Melania Trump ketika melawat mangsa tembakan rambang di Hospital North Broward Health, Florida. - Foto AFP

Trump, Melania lawat mangsa tembakan

POMPANO BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan wanita pertama, Melania Trump melawat hospital di Florida semalam sebagai menghormati mangsa tembakan rambang yang mengorbankan 17 nyawa di sebuah sekolah berhampiran.

Pasangan itu melawat Hospital North Broward Health, dan dijangka berkunjung ke pejabat sheriff Broward County untuk bertemu dengan pegawai penguatkuasa undang-undang.

Lawatan Trump ke hospital itu tidak diumumkan lebih awal.

Ketika lawatan, pemimpin AS itu sedang menghabiskan cuti hujung minggu di resort Mar-a-Lago, kira-kira 45 minit dari Parkland, lokasi kejadian tembakan rambang.

Bekas pelajar bermasalah, Nikolas Cruz, 19, mengaku membunuh 17 orang di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di utara, Rabu lalu.

Ia pembunuhan sekolah terburuk di AS sejak tragedi di Sandy Hook enam tahun lalu.

Trump bersumpah untuk menangani kesihatan mental dan keselamatan sekolah, tetapi masih belum menyentuh soal kawalan senjata. - AFP

Berita Harian X