Ahad, 3 Disember 2017 | 10:55pm

1 maut, 5 cedera dirempuh kereta

NEW YORK: Seorang pemandu sengaja merempuh kereta dipandunya ke arah enam orang ketika perselisihan di luar sebuah bar di Queens, ibu kota ini awal pagi ini, menyebabkan seorang maut manakala lima lain cedera.

Polis berkata, pemandu terbabit melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), Lee Jones berkata, seorang daripada mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal sementara empat lain stabil.

Dua mangsa lain turut ditikam dalam pergaduhan itu namun stabil.

Jones berkata, polis masih memburu pemandu, yang memandu kereta putih jenis Hyundai Sonata. - Reuters

Berita Harian X