Sabtu, 9 September 2017 | 11:18am
KEADAAN salah sebuah bangunan yang runtuh berikutan gempa bumi sebanyak 8.2 magnitud yang melanda pantai Pasifik Mexico, di Juchitan de Zaragoza, Mexico. - Foto AFP
KEADAAN salah sebuah bangunan yang runtuh berikutan gempa bumi sebanyak 8.2 magnitud yang melanda pantai Pasifik Mexico, di Juchitan de Zaragoza, Mexico. - Foto AFP

61 korban terkini gempa bumi Mexico

JUCHITAN DE ZARAGOZA: Angka korban gempa bumi paling kuat pernah menggegar Mexico sejak seabad lalu mencecah 61 orang.

Polis, tentera dan pasukan kecemasan bertungkus lumus mencari mangsa terselamat daripada sisi runtuhan bangunan, sejak semalam.

Wilayah selatan negara itu adalah kawasan paling teruk terjejas di mana pasukan kecemasan mencari mangsa terselamat atau mayat di celah-celah runtuhan rumah, gereja dan sekolah.

PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan berikutan gempa bumi berkekuatan 8,2 yang melanda pantai Pasifik Mexico, di Juchitan de Zaragoza, Mexico. - Foto AFP
PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan berikutan gempa bumi berkekuatan 8,2 yang melanda pantai Pasifik Mexico, di Juchitan de Zaragoza, Mexico. - Foto AFP

Presiden Enrique Pena Nieto berkata, 45 orang terbunuh di Oaxaca, 12 di Chiapas dan empat di Tabasco.

Namun, jumlah kematian dijangka melebihi angka 80 orang berdasarkan maklumat pegawai negeri.

Pihak berkuasa turut memberi amaran gempa bumi susulan kuat dijangka berlaku selepas gempa pertama. - AFP

Berita Harian X