Khamis, 24 Ogos 2017 | 10:11pm
10 maut selepas sebuah feri karam di Porto de Moz, Brazil. - Foto EPA
10 maut selepas sebuah feri karam di Porto de Moz, Brazil. - Foto EPA

Tiga maut feri karam di Brazil

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya tiga lemas selepas feri yang membawa 100 penumpang karam di sini, iaitu sehari selepas kejadian membabitkan sebuah feri lain, yang mengorbankan 10 mangsa.

Media tempatan melaporkan, kejadian terbaru itu berlaku di kawasan pantai di luar Mar Grande berhampiran Vera Cruz di timur laut Bahia.

Menurut Globo dan lain-lain laman berita Brazil, tiga penumpang disahkan lemas, manakala 21 lagi berjaya diselamatkan.

Laman berita Bahia Noticias pula melaporkan lima penumpang disahkan lemas dalam insiden membabitkan feri yang dalam perjalanan dari Mar Grande ke Salvador itu.

Sementara itu, perkhidmatan bomba dan penyelamat memberitahu AFP, pihaknya tidak mempunyai jumlah tepat mangsa yang masih hilang atau berada di dalam feri semasa kejadian berlaku, namun masih memantau lokasi kejadian. - AFP

Berita Harian X