Selasa, 26 Januari 2021 | 5:40pm
Penunjuk perasaan Sudan mendirikan halangan dekat Khartoum, dalam demonstrasi membantah kenaikan harga barang, Ahad lalu. - Foto AFP
Penunjuk perasaan Sudan mendirikan halangan dekat Khartoum, dalam demonstrasi membantah kenaikan harga barang, Ahad lalu. - Foto AFP

Delegasi Israel melawat Sudan

BAITULMAQDIS: Menteri Perisikan Isreal, Eli Cohen mengetuai delegasi ke Khartooum, selepas Sudan memeterai perjanjian menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Lawatan itu mencatatkan sejarah sebagai kali pertama Menteri Israel mengetuai delegasi ke negara berkenaan.

Bagaimanapun, media Sudan tidak melaporkan mengenai lawatan berkenaan.

Kementerian Perisikan Israel berkata, anggota delegasi itu mengadakan pertemuan dengan ketua pemerintah, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Menteri Pertahanan Yassin Ibrahim, membincangkan isu diplomatik, keselamatan dan ekonomi.

"Sebagai permulaan, satu memorandum berkaitan topik berkenaan ditandatangani di antara Menteri Pertahanan Sudan serta Cohen. Kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkasa kerjasama perisikan.

"Pihak berkuasa Sudan turut memberi taklimat kepada delegasi Israel mengenai usaha membatalkan undang-undang memboikot Israel dan meminda undang-undang memenjarakan pendatang Sudan, termasuk ke Israel yang pulang semula ke Sudan," katanya.

Sudan setuju menjalin hubungan dengan Israel pada Oktober tahun lalu, disusuli lawatan delegasi Israel ke Khartoum, sebulan selepas itu.

Pada 6 Januari lalu, Sudan menandatangani 'Perjanjian Ibrahim' bagi membolehkannya menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Penyertaan itu menjadikan Sudan sebagai negara Arab ketiga yang menandatangani Perjanjian Abraham, selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain tahun lalu.

Maghribi turut bersetuju menjalin hubungan dengan Israel pada Disember tahun lalu. - AFP

Berita Harian X