Jumaat, 11 Disember 2020 | 10:47am
Pihak berkuasa Maghribi merampas hampir dua tan ketulan mampat ganja yang ditanam di satu lokasi di pasang pasir, di Laayoune. - Foto Morocco World News
Pihak berkuasa Maghribi merampas hampir dua tan ketulan mampat ganja yang ditanam di satu lokasi di pasang pasir, di Laayoune. - Foto Morocco World News

Guna unta seludup ganja

RABAT: Polis Maghribi semalam berkata, pihaknya merampas satu tan ganja yang diletakkan di atas bonggol sekumpulan unta di selatan negara itu.

Ketika kejadian, unta itu bergerak tanpa kawalan manusia.

Susulan kejadian, seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas pihak berkuasa mendapati 10 unta berkenaan membawa dadah terbabit.

Rabu lalu, pihak berkuasa merampas hampir dua tan ketulan mampat ganja yang ditanam di satu lokasi di pasang pasir, di Laayoune, kawasan yang dikuasai oleh Maghribi di Sahara Barat.

Ia ditemui susulan penahanan sebuah trak yang membawa dua bot getah dan empat enjin yang disyaki digunakan untuk pengedaran dadah.

Maghribi adalah antara negara pengeluar ganja terbesar dunia, meskipun pihak berkuasa sudah merampas 180 tan dadah jenis itu, tahun lalu. - AFP

Berita Harian X