Isnin, 3 Ogos 2020 | 10:25am

Boko Haram bunuh 16 orang di Cameroon

DOUALA: pemberontak Boko Haram membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dalam serangan di kem menempatkan mereka yang kehilangan tempat tinggal di utara Cameroon.

Datuk Bandar, Mahamat Chetima Abba, memberitahu AFP bahawa setakat ini 16 disahkan terbunuh dalam serangan di kem Nguetchewe dan jelas bahawa Boko Haram bertanggungjawab

"Keadaan aman sejak beberapa minggu lalu tetapi mereka ambil kesempatan kerana mengetahui selok belok kawasan ini untuk melancarkan serangan.

"Mengikut kiraan saya, terdapat 15 mayat, ada antaranya putus ditetak, di lokasi kejadian dan di rumah mayat hospital," katanya.

Seorang ahli politik tempatan yang enggan dikenali berkata, kawasan yang diserang kali ini adalah tempat orang ramai 'berlindung' daripada Boko Haram.

Kawasan berkenaan dikenali sebagai Utara Jauh, sebidang tanah yang kontang antara Chad di timur dan Nigeria di barat.

Seminggu sebelum serangan itu, tentera mengumumkan mereka berjaya membunuh lima pejuang Boko Haram. - AFP

Berita Harian X