Khamis, 2 Julai 2020 | 9:22am
Penduduk setempat menyertai tunjuk perasaan selepas kematian penyanyi etnik Oromo terkenal, Hachalu Hundessa, di in Addis Ababa, Ethiopia. - Foto AFP
Penduduk setempat menyertai tunjuk perasaan selepas kematian penyanyi etnik Oromo terkenal, Hachalu Hundessa, di in Addis Ababa, Ethiopia. - Foto AFP

Tunjuk perasaan di Ethiopia, 81 orang terbunuh

ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 81 orang dilaporkan maut akibat tunjuk perasan dan keganasan etnik di Ethiopia berikutan pembunuhan penyanyi etnik Oromo terkenal, Hachalu Hundessa.

Jurucakap rantau Oromia, Getachew Balcha, berkata semua kematian itu berlaku di beberapa wilayah sekitar Addis Ababa, yang dianggap sebagai pusat bagi kumpulan etnik terbesar, Oromo.

Hundessa, yang banyak menyanyikan lagu politik mengenengahkan nasib etnik Oromo kerana lama ditindas kumpulan minoriti lain, mati ditembak Isnin lalu.

Pembunuhannya itu disusuli tunjuk perasaan dan rusuhan sehingga memaksa pihak berkuasa bertindak bagi menghentikan kemusnahan harta benda.

Menurut Ketua Perhubungan Ambo, Milkessa Beyene, keganasan terbaru berlaku antara penduduk tempatan Ambo dan pasukan keselamatan semalam.

"Sekumpulan nasionalis Oromo menuntut supaya mayat Hundessa dikebumikan di Addis Ababa. Antara yang terbunuh termasuk saudara penyanyi itu," katanya. - AFP

Berita Harian X