Isnin, 11 Mei 2020 | 7:55am
Masyarakat Fulani menunaikan solat berlatarbelakangkan
Masyarakat Fulani menunaikan solat berlatarbelakangkan

3 tentera pengaman PBB terbunuh terkena bom

BAMAKO: Tiga anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh manakala empat lagi cedera ketika konvoi mereka terkena bom di tepi jalan pada awal pagi Ahad, dalam keganasan terbaru yang melanda negara Afrika Barat yang sedang bergolak.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, mengecam serangan itu dan meminta pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Pasukan pengaman Chadian sedang melakukan rondaan rutin di komuniti Aguelhok di utara negara itu, kata misi pengaman PBB di Mali (MINUSMA), dalam satu kenyataan.

"Tiga askar terbunuh dan empat cedera parah dalam letupan itu.

"Kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mengenali dan menangkap mereka yang bertanggung jawab atas tindakan pengganas ini sehingga mereka dapat diadili.

"Takziah kepada anggota tentera yang maut ketika menjalankan tugas menjaga keamanan di negara ini," kata ketua MINUSMA, Mahamat Saleh Annadif.

Guterres juga mengecam apa yang disifatkannya sebagai serangan "pengecut".

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa Mali berusaha keras untuk mengesan dalang kejadian itu supaya mereka segera diheret ke muka pengadilan.

MINUSMA mempunyai kekuatan 15,000 anggota daripada pelbagai negara di seluruh negara di barat Afrika yang sedang bergolak dengan perang saudara sejak 2012.

- AFP

Berita Harian X