Isnin, 10 Februari 2020 | 11:47am
Gambar fail, seorang budak lelaki kaum samburu menggunakan tongkat kayu untuk cuba menghalau sekumpulan belalang dekat kampung Sissia, di negara Samburu, Kenya. - Foto AP
Gambar fail, seorang budak lelaki kaum samburu menggunakan tongkat kayu untuk cuba menghalau sekumpulan belalang dekat kampung Sissia, di negara Samburu, Kenya. - Foto AP

Tanaman di Uganda diserang belalang juta

KAMPALA (Uganda): Kawanan belalang juta menyerang dan merosakkan kawasan tanaman di Uganda pada Ahad menyebabkan negara itu mengalami kekurangan bekalan makanan, lapor agensi berita Anadolu.

Kejadian berkenaan adalah yang terburuk pernah melanda negara Afrika itu dalam tempoh 25 tahun, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berasal dari sempadan India-Pakistan, belalang itu berhijrah ke Somalia dan Ethiopia serta memusnahkan hampir 71,000 hektar ladang.

FAO berkata, belalang juta boleh hidup selama lima bulan, bergantung pada cuaca dan persekitaran.

Perdana Menteri Uganda, Ruhakana Rugunda, berkata semburan racun perosak telah dilakukan untuk menghapuskan belalang berkenaan.

Belalang berkenaan sebelum ini dilaporkan menyerang tanaman di Kenya, menyaksikan ratusan hektar tumbuh-tumbuhan musnah. – BERNAMA

Berita Harian X