Ahad, 24 November 2019 | 8:02pm
ORANG ramai melihat bangkai pesawat yang terhempas di Goma. - Foto AFP
ORANG ramai melihat bangkai pesawat yang terhempas di Goma. - Foto AFP

23 maut pesawat terhempas di kawasan padat penduduk

GOMA: Sejumlah 23 mayat ditemui, selepas sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan padat penduduk di Republik Demokratik Congo, ketika berlepas, menurut pekerja penyelamat.

“Kami sudah menemui 23 mayat, setakat ini,” kata penyelaras perkhidmatan penyelamat Goma iaitu lokasi pesawat itu terhempas, Joseph Makundi.

Difahamkan, pegawai lapangan terbang Goma, Richard Mangolopa memaklumkan tiada mangsa terselamat daripada nahas itu.

Pesawat Dornier-228 itu dalam penerbangan ke Beni yang terletak 350 kilometer di utara Ghana, ketika ia terhempas di sebuah kawasan kediaman berhampiran lapangan terbang di timur negara terbabit.

“Ada 17 penumpang dan dua kru dalam pesawat. Ia berlepas pada kira-kira 9.00 pagi (waktu tempatan),” kata kakitangan syarikat penerbangan Busy Bee, Heritier Said Mamadou.

Setakat ini, jumlah mangsa di kawasan kediaman terjejas masih belum diketahui. - AFP

Berita Harian X