Ahad, 24 November 2019 | 6:08pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Pesawat Congo terhempas, ramai maut

GOMA: Sebuah pesawat komersil dengan 17 penumpang terhempas di bandar Goma, timur Republik Demokratik Congo, hari ini, sehingga mengorbankan sejumlah mangsa, menurut pejabat gabenor wilayah.

Pesawat itu yang dikendalikan syarikat tempatan, Busy Bee terhempas ketika berlepas untuk penerbangan ke bandar Beni, menurut kenyataan pejabat Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu Kasivita.

Jumlah kematian masih belum diketahui dan Busy Bee gagal dihubungi untuk ulasan.

Kemalangan udara kerap di Congo kerana standard keselamatan rendah dan penyelenggaraan teruk. Semua syarikat penerbangan komersil negara itu diharamkan beroperasi di Kesatuan Eropah (EU).

Oktober lalu, sebuah pesawat kargo yang berlepas dari lapangan terbang sama terhempas, sejam selepas berlepas dan mengorbankan semua lapan penumpang. - Reuters

Berita Harian X