Khamis, 7 November 2019 | 11:41pm
Keadaan lombong emas di Kintingnan wilayah Siguiri, Conakry. - Foto AFP

10 maut lombong emas Guinea runtuh

CONAKRY: Sekurang-kurangnya 10 orang maut sementara ada mangsa hilang, selepas sebuah lombong haram di timur laut Guinea runtuh, menurut pegawai tempatan dan palang Merah, hari ini.

“Sekurang-kurangnya 10 orang maut pada pagi Rabu, apabila tanah runtuh melanda sebuah lombong emas di Kintingnan di wilayah Siguiri,” kata pegawai kerajaan tempatan, Aliou Cisse.

Jumlah kematian itu disahkan Palang Merah tempatan dan seorang pegawai keselamatan yang menambah tiga kanak-kanak adalah antara mangsa maut.

“Ada mangsa hilang, namun kita tidak tahu berapa ramai. Kami sedang cuba mengesan mereka secepat mungkin tetapi tidak banyak harapan mereka hidup dalam terowong ini,” kata Cisse.

Cisse berkata, lombong Kintingnan ditutup pihak berkuasa, namun penduduk tempatan membukanya semula tanpa kebenaran. - AFP

Berita Harian X