Sabtu, 12 Oktober 2019 | 11:53pm
Gambar fail, asap kelihatan di udara akibat serangan bersenjata di Ouagadougou, Burkina Faso. - Foto Reuters

13 maut dalam serangan di masjid Burkina Faso

OUGADOUGOU: Seramai 16 orang terbunuh dan dua lagi cedera parah dalam serangan kumpulan bersenjata di sebuah masjid terletak di utara Burkina Faso, semalam.

Sumber memberitahu AFP, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang Masjid Besar di Salmossi, petang semalam menyebabkan 13 jemaah masjid meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian sementara tiga lagi selepas itu.

Sumber menambah, dua mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Seorang penduduk di bandar berhampiran di Gorom-Gorom mengesahkan serangan itu, menyatakan penduduk Salmossi melarikan diri dari rumah mereka sejurus insiden itu.-AFP.

Berita Harian X