Jumaat, 4 Oktober 2019 | 11:19am
Seramai 38 maut dalam serangan di kem tentera di Mali. Foto hiasan

Angka kematian serangan di Mali meningkat 38 orang

BAMAKO: Angka kematian serangan di dua kem tentera di tengah Mali meningkat kepada 38 orang, berbanding 25 orang sebelum ini.

Jumlah itu didedahkan oleh Menteri Pertahanan, Dahirou Dembélé, menerusi stesen televisyen tempatan semalam.

Dua serangan oleh penyerang yang tidak dikenali itu, dianggap antara paling teruk pernah dialami pasukan keselamatan Mali tahun ini.

Pasukan keselamatan Mali berusaha menghapuskan kumpulan militan berkaitan Daesh, yang menubuhkan operasi di beberapa kawasan di Mali, bagi melancarkan serangan ke seluruh Sahel. - Reuters

Berita Harian X