Ahad, 29 September 2019 | 9:08am
FOTO hiasan.

Bot bawa 50 pendatang karam di Libya

TRIPOLI : Sebuah bot membawa lebih 50 penumpang karam di luar perairan Libya, kata Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) semalam, kejadian terbaru membabitkan pelarian yang cuba memasuki Eropah.

Lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan, kata agensi pelarian PBB, UNHCR dalam satu hantaran di Twitter.

Jurucakap pengawal pantai Libya tanpa menghurai lanjut memberitahu, bot pemantau sudah digerakkan ke lokasi.

Libya adalah antara pintu pelepasan utama bagi pendatang Afrika untuk melarikan diri ke Itali menggunakan bot, namun ramai berjaya dipintas dan dihantar pulang oleh pengawal pantai Libya dengan kebenaran Kesatuan Eropah (EU).

Ribuan lain ditahan di pusat pelarian milik kerajaan yang sering dikritik PBB dan kumpulan hak asasi manusia sebagai berada dalam keadaan ‘tidak berperi kemanusiaan’. - Reuters

Berita Harian X