Ahad, 29 September 2019 | 8:26am
GUNUNG Kilimanjaro. - Foto AFP

Payung terjun gagal dibuka, pelancong maut di Kilimanjaro

NAIROBI : Seorang pelancong Kanada maut apabila payung terjun digunakan tidak terbuka, ketika sedang melakukan aktiviti sukan ekstrim itu dari puncak Gunung Kilimanjaro.

Justin Kyllo, 51 terbunuh apabila payung terjun digunakan gagal dibuka, kata jurucakap Taman Negara Tanzania, Pascal Shelutete.

Menurut Shelutete, Kyllo tiba di negara Afrika itu pada 20 September lalu.

Kira-kira 50,000 pengunjung mendaki gunung setinggi 6,000 meter itu setiap tahun, yang terletak di timur laut Tanzania, bersempadan dengan Kenya. - AFP

Berita Harian X