Khamis, 26 September 2019 | 9:32pm

30 dikhuatiri maut lombong emas runtuh di Chad

N’DJAMENA: Sekurang-kurangnya 30 orang dikhuatiri maut selepas sebuah lombong emas haram runtuh di utara Chad yang terletak berhampiran sempadan Libya, kata pegawai hari ini.

Menteri Pertahanan, Mahamat Abali Salah memberitahu AFP bahawa, lombong terbabit runtuh pada Selasa lalu di zon larangan perlombongan dan penyeludupan di Kouri Bougoudi di wilayah Tibesti.

“Sebuah lombong runtuh. Saya tidak boleh menganggarkan berapa ramai yang mati, tetapi ramai pelombong bekerja di situ,” katanya menerusi panggilan telefon kepada AFP.

Seorang pegawai tentera yang enggan dikenali berkata, beberapa saksi menganggarkan angka kematian seramai 30 orang.

Wilayah Tibesti yang menjadi lokasi perlombongan haram itu, adalah sarang kumpulan penyeludup yang membuat keuntungan menerusi sumber emas. - AFP

Berita Harian X