Isnin, 23 September 2019 | 3:32pm
Orang ramai berkumpul di luar bilik darjah yang runtuh di Nairobi. Foto Agensi

Tujuh murid maut, bilik darjah runtuh di Nairobi

NAIROBI: Tujuh kanak-kanak terbunuh, manakala ramai lagi cedera, selepas sebuah bilik darjah dilaporkan runtuh di sini, pagi tadi.

“Tujuh murid maut, 57 lagi cedera selepas sebuah bilik darjah di Akademi Previous Talent, Dagoretti, dilaporkan runtuh,” kata St John Ambulance yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat di Twitter.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan penduduk di Dagoretti, yang didiami penduduk miskin yang tinggal di rumah sementara.

Mereka berkumpul di sekitar lokasi kejadian, ketika anggota penyelamat berusaha membersihkan sisa runtuhan di bilik darjah berkenaan.

Ia dilaporkan berlaku pada jam 7 pagi (waktu tempatan), iaitu sebaik sahaja murid terbabit memasuki bilik darjah itu.

“Tujuh murid terkorban, ia adalah sesuatu yang malang. Ramai lagi berada di hospital,” kata ketua polis Dagoretti, George Seda. - AFP

Berita Harian X