Isnin, 23 September 2019 | 1:38pm
- Foto hiasan

Doktor Tanpa Sempadan dakwa WHO catu vaksin Ebola

KINSHASA: Aktivis kemanusiaan, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mendakwa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatu vaksin Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC), virus yang setakat ini meragut lebih 2,100 nyawa.

“Satu daripada masalah utama kini adalah hakikat bahawa mengikut amalan, vaksin itu dicatu oleh WHO dan terlalu sedikit penduduk yang berisiko dilindungi,” kata MSF.

Agensi itu menyeru supaya diwujudkan satu jawatankuasa koordinasi antarabangsa yang bebas untuk menjamin ketelusan pengurusan stok dan perkongsian data.

“Dianggarkan 225,000 orang menerima suntikan vaksin Ebola yang dihasilkan oleh gergasi farmaseutikal Jerman, Merck sejak 8 Ogos 2018, namun bilangan itu masih tidak mencukupi,” kata MSF.

Pengarah Operasi MSF, Isabelle Defourny berkata, seramai 2,000 hingga 2,500 orang sepatutnya menerima vaksin setiap hari, berbanding 50 hingga 1,000 buat masa ini. - AFP

Berita Harian X