Jumaat, 6 September 2019 | 2:17pm
Mugabe meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun. - Foto fail AFP

Bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meninggal dunia

HARARE: Bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun, lapor BBC memetik sumber keluarganya.

Pemimpin pertama pasca kemerdekaan itu dikatakan meninggal dunia akibat sekian lama berada dalam keadaan uzur.

Mugabe disingkirkan dari pentadbiran selepas satu rampasan kuasa oleh pihak tentera pada November 2017. - Reuters

Berita Harian X