Selasa, 2 Julai 2019 | 7:58pm
FOTO hiasan.

50 maut lori tangki terbakar

ABUJA: Sekurang-kurangnya 50 terbunuh di Nigeria dalam kebakaran membabitkan lori tangki yang terbalik.

“Lori tangki penuh muatan minyak terbalik semalam dan orang ramai menceduk minyak apabila ia terbakar, menyebabkan 50 maut,” kata gabenor negeri Benue.

Mangsa yang cedera teruk dibawa ke hospital, katanya.

Kemalangan seumpama itu kerap berlaku di Nigeria, walaupun angka kematian jarang tinggi.

Walaupun harga minyak di negara barat Afrika itu murah, ramai yang masih tinggal dalam kemiskinan melampau. — Agensi

Berita Harian X