Isnin, 1 Julai 2019 | 7:44am
Pihak berkuasa kastam Senegal berjaya merampas lebih 700 kilogram dadah yang diseludup menerusi pelabuhan Dakar. Foto hiasan
Pihak berkuasa kastam Senegal berjaya merampas lebih 700 kilogram dadah yang diseludup menerusi pelabuhan Dakar. Foto hiasan

798 kilogram dadah ditemui dalam kereta di Dakar

DAKAR: Pihak berkuasa Senegal berjaya merampas 798 kilogram kokain yang disembunyikan di dalam beberapa kereta baharu, yang tiba dari Brazil.

Menurut kastam, kokain itu ditemui di dalam 15 kereta, yang di bawa masuk menggunakan kapal, ketika berlabuh di Dakar.

Ia penemuan terbaharu susulan rampasan 238 kilogram kokain yang diseludup masuk dari Brazil pada Rabu lalu, menggunakan kaedah yang sama, iaitu menerusi pelabuhan Dakar.

Penyeludup dadah menjadikan Afrika Barat sebagai pintu masuk untuk menyeludup kokain dari Amerika Selatan ke Eropah.

Minggu lalu, Pejabat mengenai Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) melaporkan bahawa 3.4 tan kokain berjaya dirampas di Afrika pada 2017, berbanding hanya 1.2 tan pada 2015. - Reuters

Berita Harian X