Jumaat, 28 Jun 2019 | 6:56pm
Logo Glencore di hadapan ibu pejabat syarikat itu di Baar, Switzerland. Foto Reuters
Logo Glencore di hadapan ibu pejabat syarikat itu di Baar, Switzerland. Foto Reuters

43 maut lombong runtuh di Congo

KINSHASA: Angka kematian kejadian tanah runtuh di lombong tembaga dan kobalt yang dikendalikan oleh Glencore di tenggara Congo, semalam, meningkat kepada 43 orang, hari ini.

Pihak berkuasa berkata, jumlah itu dijangka terus bertambah ketika anggota penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Insiden itu berlaku di lombong terbuka KOV, milik syarikat konsesi Kamoto Copper Company (KCC), berhampiran Republik Demokratik Congo (Congo) di selatan sempadan Zambia.

Anak syarikat Glencore, iaitu Katanga Mining memiliki 75 peratus kepentingan dalam lombong itu.

Menurut pihak berkuasa, sebelum ini, seramai 36 mangsa dilaporkan maut, tetapi ia meningkat lewat malam semalam, dan hari ini, lebih banyak mayat ditemui di lokasi.

“Kami berasakan banyak lagi mayat berada di bawah runtuhan,” kata pengarah Kabinet bagi Gabenor wilayah Lualaba, Joseph Yav Katshung.

Terdahulu, pihak berkuasa berkata, kesemua pelombong bekerja secara haram di tapak berkenaan, malah tiada kelulusan atau permit dikeluarkan kepada mereka.

Namun, ia adalah satu perkara biasa berlaku di selatan Congo dan Afrika.

Selain itu, kaedah tradisional dan tidak terkawal, yang sering mengabaikan aspek keselamatan sering meragut puluhan nyawa setiap tahun di Congo. - Reuters

Berita Harian X