Ahad, 23 Jun 2019 | 11:08pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Lapan maut saluran paip minyak meletup

LAGOS: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila saluran paip minyak meletup di tenggara Nigeria, kata polis dan kerajaan tempatan hari ini sambil menambah, jumlah kematian dijangka terus meningkat.

Jurucakap polis Rivers State, Nnamdi Omoni berkata, nahas berkenaan berlaku semalam ketika kerja-kerja penyenggaraan sedang berjalan membabitkan saluran paip di Oyigbo, berhampiran hab minyak negara Afrika Barat itu, Pelabuhan Harcourt.

“Beberapa individu di kawasan itu pergi ke lokasi untuk mencedok sisa buangan apabila letupan berlaku,” katanya sambil memberitahu, polis menolak kemungkinan sabotaj sebagai punca kejadian buat masa ini.

Ahli politik tempatan, Gerald Oforji berkata, pekerja penyelamat menemui sekurang-kurangnya lapan mayat yang rentung namun meramalkan jumlah sebenar sebagai lebih daripada itu.

“Siasatan mendapati saluran paip berkenaan adalah milik Syarikat Pemasaran Produk Saluran Paip, iaitu anak syarikat Perbadanan Petroleum Nasional Nigeria.

Nigeria ialah pengeluar minyak terbesar Afrika yang menyumbang lebih daripada dua pertiga pendapatan kerajaan dan hasil utama eksport negara. - AFP

Berita Harian X