Isnin, 27 Mei 2019 | 7:41am

30 maut nahas bot di Congo

KINSHASA: Sekurang-kurangnya 30 maut dan puluhan lagi hilang semalam selepas nahas bot di tasik di barat Republik Demokratik Congo.

“Setakat ini, kami menemui 30 mayat, 12 wanita, 11 kanak-kanak dan tujuh lelaki,” kata Datuk Bandar Inongo, Simon Mbo Wemba, kepada media, menambah ada lebih 350 penumpang dalam kapal itu dengan cuma 183 disahkan selamat.

Kemalangan berlaku malam kelmarin di Tasik Mai-Ndombe.

“Jumlah sebenar masih belum dipastikan,” katanya, menambah sukar untuk mengetahui angka sebenar penumpang kerana ramai daripada mereka adalah pendatang haram.

Pengangkutan menggunakan sungai adalah antara paling banyak digunakan di negara itu.

Nahas bot kerap berlaku, selalunya disebabkan melebihi penumpang dan kargo.

Angka kematian juga tinggi kerana tiada jaket keselamatan dan ramai rakyatnya tidak tahu berenang.

Bulan lalu, 167 terbunuh dalam dua kemalangan yang memaksa Presiden Felix Tshisekedi mewajibkan bot penumpang mempunyai pelampung. — AFP

Berita Harian X