Jumaat, 19 April 2019 | 8:31pm
11 PENDUDUK awam maut semasa tidur selepas militan Boko Haram membakar sebuah perkampungan di wilayah jauh utara Cameroon.
11 PENDUDUK awam maut semasa tidur selepas militan Boko Haram membakar sebuah perkampungan di wilayah jauh utara Cameroon.

11 maut Boko Haram bakar kampung

YAOUNDE: Sekurang-kurangnya 11 penduduk awam maut semasa tidur selepas militan Boko Haram membakar sebuah perkampungan di wilayah jauh utara Cameroon, kata sumber keselamatan memberitahu AFP hari ini.

“Militan Boko Haram melancarkan serangan malam semalam di kawasan Tchakamari. Angka kematian ialah 11 orang,” kata sumber yang rapat dengan perkhidmatan keselamatan di kawasan terbabit.

Insiden itu adalah serangan paling dahsyat Boko Haram sejak beberapa bulan kebelakangan ini di Cameroon.

Sumber menambah, semua mayat didapati ‘hangus’ terbakar.

Difahamkan, mangsa yang meninggal dunia termasuk kanak-kanak dan orang tua.-AFP.

Berita Harian X