Ahad, 24 March 2019 | 2:04am

60 petani etnik Fulani dibunuh di Mali

BAMAKO: Sekumpulan lelaki bersenjata membunuh kira-kira 60 petani daripada etnik Fulani di tengah Mali, hari ini.

Datuk Bandar Bankass, Moulaye Guindo berkata lelaki bersenjata yang memakai pakaian tradisional pemburu Donzo bertindak mengepung perkampungan Ogossagou kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan.

“Ia adalah angka kematian sangat tinggi dan perkampungan Ogossagou sudah musnah sepenuhnya,” katanya yang memberitahu Reuters.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, serangan dipercayai perbuatan kumpulan sekutu militan al-Qaeda yang bertanggungjawab membunuh 23 askar, minggu lepas.

Kumpulan itu berkata, serangan terbabit sebagai membalas dendam oleh tentera Mali dan anggota militan terhadap etnik Fulani.- Reuters.

Berita Harian X