Jumaat, 22 March 2019 | 6:09pm

23 tentera Chad maut diserang Boko Haram

N'DJAMENA (CHAD) : Sekurang-kurangnya 23 anggota tentera Chad terbunuh dalam tempoh semalaman selepas diserang militan Boko Haram, iaitu serangan terburuk ke atas negara itu setakat ini.

Dua sumber keselamatan Chad berkata, serbuan Boko Haram itu berlaku di pekan Dangdala berhampiran tebing Tasik Chad.

Kumpulan penyerang berkenaan dipercayai melintasi sempadan dari negara jiran, Niger. - Reuters

Berita Harian X