Khamis, 10 Januari 2019 | 11:13am
FELIX Tshisekedi memenangi pilihan raya presiden. - Foto Reuters
FELIX Tshisekedi memenangi pilihan raya presiden. - Foto Reuters

Pembangkang bakal tadbir Congo

KINSHASA: Suruhanjaya pilihan raya Republik Demokratik Congo mengumumkan calon pembangkang, Felix Tshisekedi memenangi pilihan raya presiden, pada 30 Disember lalu.

Keputusan pilihan raya itu bakal menyaksikan pemindahan kuasa kali pertama sejak kemerdekaan negara itu daripada Belgium pada 1960, walaupun pemerhati pilihan raya berkata berlaku beberapa kejadian mencurigakan pada hari membuang undi dan ia dipenuhi penipuan.

Calon yang kalah iaitu ahli perniagaan, Martin Fayulu dan calon parti pemerintah, Emmanuel Ramazani Shadary, boleh mencabar keputusan itu di Mahkamah Persekutuan Congo, yang mempunyai 10 hari tempoh untuk sebutan dan perbicaraan terhadap mana-mana bantahan. - Reuters

Berita Harian X