Rabu, 2 Januari 2019 | 8:31am
KERAJAAN Mali berkata, lelaki berpakaian seperti pemburu 'dozo' menyerang pengembala haiwan di Kampung Fulani menyebabkan 37 orang terkorban. - Foto AFP
KERAJAAN Mali berkata, lelaki berpakaian seperti pemburu 'dozo' menyerang pengembala haiwan di Kampung Fulani menyebabkan 37 orang terkorban. - Foto AFP

37 terbunuh konflik pemburu-petani di Mali

BAMAKO: 37 orang awam terbunuh selepas beberapa lelaki bersenjata dipercayai pemburu tradisional puak Dogon menyerang sebuah kampung petani puak Fulani di Mali tengah, semalam kata kerajaan.

Serangan ke atas kampung Koulogon berhampiran Bankass di wilayah Mopti itu dipercayai dilakukan lelaki bersenjata berpakaian tradisional pemburu dozo yang bersekongkol dengan kumpulan etnik Dogon, kata penguasa dalam satu kenyataan.

“Selain 37 kematian direkodkan membabitkan orang awam, sejumlah lagi turut tercedera selain banyak rumah dibakar,” tambahnya.

Pada 2012, Perancis membantu pasukan tentera Mali membanteras pemberontak jihad yang menguasai sebahagian besar wilayah utara, tetapi sejak kematian pemimpin jihad Fulani, Amadou Koufa November lalu, konflik antara puak itu kembali meruncing.

Keganasan tercetus berikutan dakwaan bahawa lembu ternakan puak Fulani menceroboh tanah milik puak Dogon selain pertikaian mengenai akses tanah dan air.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencatatkan lebih daripada 500 kematian awam di kawasan terbabit pada 2018.

Siasatan PBB turut mendapati pada 1 Jun lalu, 24 anggota komuniti Fulani terbunuh dalam serangan dipercayai perbuatan Dogon. - AFP

Berita Harian X