Sabtu, 15 Disember 2018 | 7:26am

21 maut dalam keganasan di Habsyah

ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 21 mangsa terbunuh dalam pertempuran membabitkan dua kumpulan etnik di selatan Habsyah, semalam.

Menurut stesen radio Fana, insiden keganasan itu berlaku di bandar Moyale di sempadan Kenya, iaitu wilayah yang didakwa dikuasai kumpulan etnik terbesar di negara itu, Oromo dan kumpulan etnik Somali.

“Insiden itu turut menyebabkan 61 mangsa cedera,” lapor Fana yang memetik pejabat komunikasi wilayah Oromia.

Pertelagahan antara dua kumpulan etnik itu turut mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, jurucakap kerajaan berkata, tiga pelajar maut, manakala 34 lagi cedera dalam pergaduhan di sebuah kampus, yang mencetuskan pertelagahan antara kaum di negara itu, baru-baru ini. - AFP

Berita Harian X