Rabu, 14 November 2018 | 10:43pm
ANGGOTA polis anti rusuhan Cameroon bersiap sedia di sepanjang jalan di daerah pentadbiran Buea, di wilayah berbahasa Inggeris Cameroon. - Foto AFP
ANGGOTA polis anti rusuhan Cameroon bersiap sedia di sepanjang jalan di daerah pentadbiran Buea, di wilayah berbahasa Inggeris Cameroon. - Foto AFP

25 pemisah terbunuh di Cameroon

DOULA: Seramai 25 pemisah terbunuh semasa pertempuran di sebuah wilayah berbahasa Inggeris, kata pegawai keselamatan hari ini.

“Seramai 25 ‘Amba Boy’ terbunuh dalam tiga insiden pertempuran hari ini di Mbot, sebuah perkampungan berhampiran bandar Nkambe,” menurut seorang sumber di ibu kota Yaounde, yang mengesahkan sumber keselamatan di wilayah barat laut, Cameroon.

Amba Boy merujuk kepada pemisah yang mana tahun lepas kumpulan itu melancarkan kempen bersenjata bagi menuntut kemerdekaan di dua wilayah berbahasa Inggeris yang dikenali sebagai Ambazonia.

Imej yang diperoleh AFP dari seorang sumber yang rapat dengan perkhidmatan keselamatan menunjukkan 10 mayat diletakkan atas tanah.

Senjata, seperti senapang turut diletakkan bersama mayat terbabit.

Sementara itu, seorang sumber rapat dengan perkhidmatan keselamatan berkata, pemisah mendirikan sebuah pangkalan di sebuah sekolah di Mayo Binka, terletak beberapa kilometer dari Nkambe.

Dua pegawai keselamatan memberitahu AFP bahawa pasukan tentera tidak mengalami sebarang kecederaan dalam pertempuran terbabit. - AFP

Berita Harian X